Tuan Yang di-Pertua,
Penanaman Cannabis sativa atau hemp adalah dilarang dan tidak dibenarkan kecuali untuk tujuan penyelidikan mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952. Sebelum Cannabis sativa atau hemp ditanam bagi tujuan industri mahupun perubatan, R&D yang terperinci perlu dilaksanakan terlebih dahulu bagi meneroka potensi penanaman hemp di Malaysia. Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) dengan kerjasama Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan serta agensi-agensi berkepentingan lain sedang memuktamadkan cadangan penanaman hemp untuk tujuan penyelidikan.
Cadangan penanaman hemp untuk tujuan penyelidikan ini memerlukan tempoh 2 hingga 3 tahun dengan mengambil kira pelbagai faktor merangkumi kawalan dari aspek perundangan, pemantauan dan keselamatan. Kementerian juga sedang memperhalusi Protokol Penanaman Cannabis sativa dengan usahasama semua Kementerian dan Jabatan yang terlibat. Protokol ini akan mengambil kira keperluan-keperluan dari aspek keselamatan, pematuhan kepada garis panduan Kementerian Kesihatan serta Akta Dadah Berbahaya 1952.
Sekian, terima kasih.