Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Negara

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 3

Sesi

Mesyuarat Kedua

Tarikh Persidangan

15 September 2020

Tahun Persidangan

2020

Kategori

Tenaga

Nombor Soalan

35

Soalan

Tuan Zaiedi Suhaili minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan sejauh mana prospek eksport tenaga elektrik hidro Sarawak ke Kalimatan Barat dan peluang atau manfaat yang boleh dijana ekoran cadangan pemindahan Pusat Pentadbiran Indonesia dari Jakarta ke Kalimantan Timur menjelang 2024.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

1. Untuk makluman Yang Berhormat, perancangan pembekalan elektrik di negeri Sarawak adalah terletak di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri termasuklah perkara-perkara berkaitan eksport elektrik ke negara jiran seperti Indonesia dan Brunei Darussalam.

2. Eksport tenaga elektrik dari Sarawak ke Kalimatan Barat (KALBAR) telah dimulakan sejak tahun 2016 di bawah kerjasama Brunei-Indonesia-Malaysia-Philippines East Asean Growth Area (BIMP-EAGA). Projek ini melibatkan penyaluran bekalan elektrik dengan kapasiti 200MW daripada Sarawak Energy Berhad (SEB) kepada Perusahaan Listrik Negara (PLN), syarikat utiliti Indonesia. Ia disambungkan melalui talian berkapasiti 275kV dari Mambong di Sarawak ke Bengkayang di Kalimantan Barat.

3. Cadangan pemindahan Pusat Pentadbiran Indonesia dari Jakarta ke Kutai Kartanegara, Kalimantan Timur menjelang 2024 ini dijangka berupaya membuka peluang kepada Kerajaan Negeri Sarawak untuk meningkatkan kapasiti eksport, tertakluk kepada persetujuan Kerajaan Indonesia. 

Sekian, terima kasih.

Attachments