Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Negara

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 3

Sesi

Mesyuarat Kedua

Tarikh Persidangan

22 September 2020

Tahun Persidangan

2020

Kategori

Tenaga

Nombor Soalan

31

Soalan

Datuk Haji Ismail Bin Ibrahim minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan jumlah isi rumah yang mendapat manfaat Bantuan Elektrik Prihatin TNB pada bil elektrik Julai 2020 dan sasaran bantuan diskaun prihatin bil elektrik bermula April hingga Disember 2020 bagi pengguna domestik atau industri.​

Jawapan

​Tuan Yang di-Pertua,

1. Bantuan Prihatin Elektrik ini diberikan oleh Kerajaan bagi mengurangkan beban pengguna domestik di Semenanjung yang mengalami kenaikan bil elektrik sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mematuhi arahan Kerajaan untuk membendung COVID-19. Bantuan ini dibiayai melalui peruntukan daripada Kumpulan Wang Industri Elektrik, Kementerian Kewangan dan Tenaga Nasional Berhad (TNB).

2. Jumlah pengguna domestik yang mendapat bantuan untuk menampung bil elektrik pada bulan Julai 2020 ialah seramai 7.66 juta pengguna. Bantuan Prihatin Elektrik ini merupakan bantuan one-off untuk pengguna domestik sahaja bagi bil elektrik bulan April, Mei dan Jun 2020.

Sekian, terima kasih.

Attachments