Pertanyaan

Bukan Lisan

Dewan

Dewan Negara

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 3

Sesi

Mesyuarat Kedua

Tarikh Persidangan

Tahun Persidangan

2020

Kategori

Perhutanan

Nombor Soalan

77

Soalan

YB Balasubramaniam a/l Nachiappan minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah inisiatif yang telah dilaksanakan bagi program restorasi hutan.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua, 

1.  Antara inisiatif Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) melalui Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM), Jabatan Perhutanan Sabah dan Jabatan Hutan Sarawak dalam melaksanakan program restorasi hutan adalah melalui pelaksanaan projek seperti berikut:

a) Projek Restorasi, Tebus Guna dan Pemulihan Kawasan Hutan Terosot di Semenanjung;

b) Projek Restorasi Sumber Hutan Melalui Perhutanan Sosial dan Projek Heart of Borneo Negeri Sarawak (Fasa II) di Sarawak; dan

c) Projek Pembangunan dan Pengurusan Mampan Kawasan Tanah Gambut Semenanjung Klias, Projek Pembangunan Tapak Ramsar Lower Kinabatangan – Segama – Wetlands, Kinabatangan Sabah (Fasa II) dan Projek Heart of Borneo  (Fasa II) di Sabah.

Kesemua projek ini dibiayai di bawah peruntukan Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11).

2. Di bawah Projek Restorasi, Tebus Guna dan Pemulihan Kawasan Hutan Terosot di Semenanjung, kawasan hutan terosot seluas 1,640 hektar telah dikenalpasti untuk dilaksanakan aktiviti pemulihan. Sehingga tahun 2019, kawasan seluas 459.93 hektar telah dipulihkan melibatkan penanaman sebanyak 277,092 pokok daripada pelbagai spesies di Semenanjung. Di Sarawak pula, sehingga tahun 2019, kawasan seluas 172.88 hektar telah dipulihkan melibatkan sebanyak 99,606 penanaman pokok. Manakala di Sabah, sehingga tahun 2019, kawasan seluas  549.63 hektar telah dipulihkan melibatkan sebanyak 16,470 penanaman pokok. Pada masa ini, perancangan telah dibuat bagi meneruskan program ini di dalam Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12).

Sekian, terima kasih.

Attachments