Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 3

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

04 November 2020

Tahun Persidangan

2020

Kategori

Perhutanan

Nombor Soalan

24

Soalan

PUAN TERESA KOK SUH SIM [SEPUTEH] minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan peratusan kawasan hutan terbaru di Malaysia. Apakah sasaran Malaysia untuk mengekalkan lebih 50% daripada jumlah keluasan negara di bawah liputan hutan telah dimasukkan ke dalam Dasar Perhutanan Negara yang tengah melalui kajian semula.​


Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian ini sentiasa komited dalam usaha memelihara khazanah hutan negara dan memastikan komitmen negara untuk mengekalkan sekurang-kurangnya 50% daripada keluasan tanah negara dilitupi pokok-pokok dan kawasan hutan dicapai. Sehingga tahun 2018, Malaysia mempunyai kawasan berhutan seluas 18,273,486.65 hektar atau 55.3% daripada keluasan tanah negara (33,034,500 hektar). Komitmen ini juga telah dimasukkan dalam Dasar Perhutanan Negara yang sedang dalam proses kajian semula.

Sekian, terima kasih.

Attachments