Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 3

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

04 November 2020

Tahun Persidangan

2020

Kategori

Tenaga

Nombor Soalan

47

Soalan

PUAN ISNARAISSAH MUNIRAH MAJILIS [ KOTA BELUD ] minta MENTERI TENGA DAN SUMBER ASLI menyatakan status pengembalian SESB kepada Kerajaan Negeri Sabah yang baru sama ada akan diteruskan atau tidak.​


Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

1. Kerajaan Persekutuan komited untuk meneruskan penyerahan  kuasa pembekalan elektrik dan Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB) kepada Kerajaan Negeri Sabah dan memulakan rundingan dengan Kerajaan Negeri Sabah yang baharu dibentuk.

2. Bagi tujuan ini, Kementerian akan memulakan rundingan penyerahan pembekalan elektrik dan SESB kepada Kerajaan Negeri Sabah setelah cadangan balas terhadap permohonan-permohonan Kerajaan Negeri Sabah diluluskan oleh Jemaah Menteri.

Sekian, terima kasih.

Attachments