Tuan Yang di-Pertua,
1. Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) sedang dalam proses meminda Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716] yang akan dibentangkan di Parlimen tahun ini.
2. Pindaan yang dilaksanakan ke atas Akta 716 akan merangkumi perkara-perkara berikut:
a) menambah peruntukan kawalan terhadap aktiviti perdagangan dan promosi atas talian (online) bagi hidupan liar seiring dengan perkembangan teknologi dan isu semasa;
b) memansuhkan peruntukan yang tidak relevan pada masa kini;
c) mewujudkan peruntukan khusus bagi aktiviti pengendalian dan perkhidmatan hidupan liar; dan
d) meningkatkan penalti bagi kesalahan-kesalahan di bawah Akta 716.
3. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pindaan Akta 716 juga melibatkan pengukuhan pelaksanaan Wildlife Management Plan (WMP) di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling [Akta 127]. Pindaan Akta 716 adalah sangat penting untuk memastikan Akta ini responsif kepada keperluan semasa termasuk mengukuhkan penguatkuasaan dalam menangani emerging issues seperti perdagangan atas talian dan penyakit zoonotik.
Sekian, terima kasih.