Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 3

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

10 November 2020

Tahun Persidangan

2020

Kategori

Tenaga

Nombor Soalan

21

Soalan

TUAN WONG KAH WOH [IPOH TIMUR] minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah status pembukaan bidaan Large Scale Solar 4 (LSS 4) dan apakah rancangan Kementerian untuk memastikan pencapaian 20% penjanaan elektrik sumber tenaga baharu menjelang tahun 2025. ​


Jawapan

​Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, proses bidaan bagi Program Large Scale Solar atau LSS Pusingan Ke-4, yang juga dikenali sebagai LSS@MEnTARI telah dimulakan pada 31 Mei 2020 dan telah ditutup untuk penerimaan tawaran bidaan pada 2 September 2020. Pada masa ini, Suruhanjaya Tenaga sedang melaksanakan proses penilaian dan keputusan bagi LSS@MEnTARI ini dijangka akan diumumkan pada suku pertama tahun 2021.

Berhubung pertanyaan Ahli Yang Berhormat mengenai rancangan Kementerian untuk memastikan pencapaian 20% penjanaan elektrik daripada sumber Tenaga Boleh Baharu (TBB) menjelang tahun 2025, Kementerian saya telah mengkaji semula sasaran 20% TBB yang telah ditetapkan Kerajaan sebelum ini. Mengambil kira perkembangan semasa, satu sasaran TBB yang lebih inklusif telah ditetapkan dan akan diumumkan setelah mendapat kelulusan Jemaah Menteri.

Sekian, terima kasih.

Attachments