Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 3

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

10 November 2020

Tahun Persidangan

2020

Kategori

Tenaga

Nombor Soalan

39

Soalan

PUAN YEO BEE YIN [BAKRI] minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan status terkini LSS@MEnTARI. Senaraikan harga tawaran atau "Offer Price" dari sepuluh pembida yang terendah untuk Pakej 1 dan 2.​​


Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, proses bidaan LSS@MEnTARI yang diumumkan pada 31 Mei 2020 telah ditutup untuk penerimaan tawaran pada 2 September 2020.

Senarai lengkap harga tawaran yang telah diterima daripada semua pembida boleh diperolehi melalui laman sesawang Suruhanjaya Tenaga. Pada masa ini, proses penilaian sedang dilaksanakan oleh Suruhanjaya Tenaga dan sebarang perkembangan terkini akan diumumkan melalui laman sesawang Suruhanjaya Tenaga dari semasa ke semasa.

Sekian, terima kasih.

Attachments