Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 3

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

19 November 2020

Tahun Persidangan

2020

Kategori

Biodiversiti, PERHILITAN

Nombor Soalan

17

Soalan

TUAN CHE ALIAS BIN HAMID [ KEMAMAN ] minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan rancangan Kementerian untuk menambah bilangan anggota PERHILITAN serta aset-aset strategiknya berikutan peningkatan konflik hidupan liar seperti gajah dan harimau dalam Parlimen Kemaman.​


Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

1. Jabatan PERHILITAN telah melakukan penstrukturan semula semua kakitangan mengikut bidang tugas termasuk pengurusan konflik hidupan liar dan penguatkuasaan pada tahun 2018 di semua daerah di setiap negeri di Semenanjung Malaysia. Di samping itu, aset-aset strategik sedia ada adalah mencukupi bagi menjalankan kerja-kerja pengurusan konflik hidupan liar dan penguatkuasaan.

2. Buat masa ini terdapat sebanyak 7 perjawatan di bawah Jabatan PERHILITAN di mana 5 perjawatan telah diisi. Dalam masa yang sama, bagi meningkatkan kapasiti perlaksanaan kerja-kerja pengurusan konflik hidupan liar, Jabatan PERHILITAN sedang mengusahakan pengisian 2 kekosongan perjawatan di Daerah Kemaman.

3. Dari segi penguatkuasaan, operasi Jabatan PERHILITAN juga dibantu dengan penglibatan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Orang Asli (OA) yang lantik secara contract for service (CFS) di bawah inisiatif Biodiversity Protection and Patrolling Programme (BP3) mulai Julai 2020.

4. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerja-kerja pengurusan konflik hidupan liar dalam Parlimen Kemaman akan dilaksanakan secara optimum dengan perjawatan sedia ada dan pertambahan bilangan perjawatan akan dimohon jika terdapat keperluan pada masa akan datang.

Sekian, terima kasih.

Attachments