Pertanyaan

Bukan Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 4

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

Tahun Persidangan

2021

Kategori

Tenaga

Nombor Soalan

67

Soalan

​​TUAN CHA KEE CHIN [ RASAH ] minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan jumlah diskaun atau rebat yang telah diberikan oleh TNB mengikut sektor untuk tahun 2020 dan 2021 (sehingga Ogos 2021) di bawah pelbagai Pakej Rangsangan Kerajaan.

  

Jawapan

​​Tuan Yang di-Pertua,

1. Jumlah diskaun yang telah diberikan oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) pada tahun 2020 ialah RM250 juta manakala jumlah bagi tahun 2021 ialah RM63 juta. Diskaun yang diberikan oleh TNB ini adalah bagi menampung sebahagian daripada diskaun dan rebat yang telah diberikan oleh Kerajaan kepada semua pengguna elektrik di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN), Pakej Bantuan Prihatin Elektrik (BPE), Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) dan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH). 

2. Secara keseluruhannya, Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM2.63 bilion pada tahun 2020 dan dianggarkan RM722.31 juta pada tahun 2021 bagi inisiatif diskaun bil elektrik kepada pelanggan-pelanggan TNB yang layak.

Sekian, terima kasih.

  

Attachments