Pertanyaan

Bukan Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 4

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

Tahun Persidangan

2021

Kategori

Tenaga

Nombor Soalan

247

Soalan

Dato' Ngeh Koo Ham [Beruas] minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan bagaimana Kerajaan hendak mengatasi masalah 'Bitcoin/crytocurrency mining' di daerah Manjung, Perak yang menyebabkan bekalan elektrik ke banyak kawasan kerap terputus.​


Jawapan

​​Tuan Yang di-Pertua,

1. Kerajaan amat memandang serius kegiatan menggunakan elektrik secara curang seperti perbuatan mengusik meter atau menyambung bekalan elektrik secara haram, termasuk oleh premis-premis yang melombong mata wang kripto seperti Bitcoin. Dalam hal ini, Suruhanjaya Tenaga (ST) selaku badan kawal selia bekalan elektrik akan mengambil tindakan penguatkuasaan ke atas premis-premis yang melakukan kesalahan sedemikian di bawah Seksyen 37 Akta Bekalan Elektrik 1990 [Akta 447].

2. ST dan syarikat utiliti Tenaga Nasional Berhad (TNB) sering bekerjasama dalam operasi bersepadu yang turut melibatkan pelbagai agensi penguatkuasaan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) serta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi mengesan dan melakukan penguatkuasaan ke atas premis-premis yang melakukan kesalahan menggunakan elektrik secara curang, termasuklah premis yang menjalankan aktiviti melombong mata wang kripto. 

3. Secara khusus bagi kes berkaitan di Daerah Manjung, Perak, tindakan penguatkuasaan telah diambil ke atas 231 premis sejak tahun 2018 melalui operasi bersepadu bersama pihak PDRM dan Majlis Perbandaran Manjung (MPM) dengan menyita premis dan merampas mesin melombong mata wang kripto. 

4. Selain itu, pihak TNB juga telah mengambil tindakan proaktif seperti berikut :

(i) rondaan secara berkala oleh pasukan Field Crew TNB Manjung;

(ii) pasukan SEAL TNB, PDRM dan PBT menjalankan operasi dan serbuan di premis haram bitcoin bagi menyita dan merampas peraIatan bitcoin bagi melumpuhkan sindiket ini; dan

(iii) bertemu dengan pengadu yang terkesan untuk menyampaikan maklumat mengenai punca serta tindakan yang telah diambil oleh TNB dalam menangani situasi tersebut serta mengadakan aktiviti pemantauan dengan pengguna di kawasan persekitaran yang berkaitan. 

Sekian, terima kasih.
    

Attachments