Tuan Yang di-Pertua,
1. Dari aspek pembekalan elektrik, Kerajaan telah menetapkan sasaran untuk meningkatkan campuran TBB kepada 31% menjelang tahun 2025, dan 40% menjelang 2035. Perancangan ini akan mengurangkan intensiti pelepasan karbon berdasarkan GDP bagi sektor bekalan elektrik sebanyak 26% menjelang tahun 2025, 45% menjelang tahun 2030 dan 60% menjelang tahun 2035 berbanding kadar pada tahun 2005.
2. Mengenai usaha Kerajaan untuk mengurangkan kebergantungan ekonomi kepada petroleum dan kelapa sawit, perkara ini adalah di luar bidang kuasa Kementerian Tenaga dan Sumber Asli.
Sekian, terima kasih.