Pertanyaan

Bukan Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 4

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

Tahun Persidangan

2021

Kategori

Perhutanan

Nombor Soalan

327

Soalan

TUAN SHAHARIZUKIRNAIN BIN ABD. KADIR [SETIU] minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah pendirian Kerajaan Persekutuan mengenai isu penanaman pokok durian musang king di kawasan hutan simpan secara haram sejak kebelakangan ini. ​



   

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

1. Kerajaan Persekutuan berpendirian bahawa penanaman spesies komoditi dan pokok pertanian termasuk kelapa sawit dan durian hibrid di dalam kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK) adalah tidak wajar kerana ia tidak menepati ciri-ciri pokok ladang hutan dan tidak boleh menggantikan keadaan semulajadi hutan yang memberikan pelbagai perkhidmatan ekosistem. 

2. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, isu penanaman pokok durian dalam HSK telah dibincangkan di dalam Mesyuarat Majlis Tanah Negara ke-76 pada 4 Disember 2019 dan dimaklumkan bahawa spesies durian musang king adalah bukan spesies hutan kerana ia merupakan spesies hibrid dan klon. Justeru itu, aktiviti penanaman durian musang king adalah sama sekali tidak dibenarkan di tanam di dalam HSK.

3. Berhubung dengan isu penanaman durian Musang King di kawasan HSK secara haram, Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) melalui Jabatan-jabatan Perhutanan Negeri telah mengambil langkah-langkah yang tegas dalam membendung kejadian ini daripada berulang seperti berikut:

(i) memusnahkan tanaman dan infrastruktur yang dibuat secara haram;

(ii) menyiasat dan mengambil tindakan undang-undang ke atas pemilik tanaman durian Musang King secara haram mengikut peruntukan Akta Perhutanan Negara 1984 [Akta 313]; dan

(iii) mempertingkatkan usaha pemeliharaan dan pemulihan kawasan hutan yang telah dimusnahkan pokok durian Musang King dengan tanaman pokok spesies hutan. ​

Sekian, terima kasih.



   


Attachments