Tuan Yang di-Pertua,
1. Kerajaan telah menetapkan sasaran sumbangan Tenaga Boleh Baharu (TBB) dalam campuran kapasiti penjanaan elektrik negara sebanyak 31% menjelang tahun 2025. Sasaran ini adalah selaras dengan takrifan TBB yang diguna pakai di peringkat ASEAN dan antarabangsa. Berdasarkan sasaran ini, pencapaian TBB negara pada masa ini ialah 23%.
2. Kementerian akan memastikan sasaran TBB sebanyak 31% menjelang tahun 2025 tercapai melalui pelaksanaan pelbagai program sedia ada seperti Large Scale Solar (LSS), Net Energy Metering (NEM), New Enhanced Despatch Agreement (NEDA) dan Self-Consumption (SelCo). Kementerian juga sedang mengkaji untuk menambah baik program-program sedia ada serta memperkenalkan program-program baharu bagi memastikan pencapaian sasaran yang telah ditetapkan.
Sekian, terima kasih.