Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Negara

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 4

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

12 October 2021

Tahun Persidangan

2021

Kategori

Tenaga

Nombor Soalan

13

Soalan

Dato' Wira Othman Bin Aziz minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan jumlah individu yang terlibat menghasilkan dan menjual tenaga solar di rumah dan premis masing-masing. Apakah Kerajaan bercadang memberi insentif agar lebih ramai rakyat terlibat dalam industri ini.​

Jawapan

​​Tuan Yang di-Pertua,

1. Terdapat dua Program Tenaga Boleh Baharu atau TBB yang membenarkan penghasilan dan penjualan tenaga solar oleh individu. Program-program tersebut adalah skim Tarif Galakan (FIT) dan skim Pemeteran Tenaga Bersih (NEM). 

2. Program FIT dengan kapasiti terpasang 11 Megawatt (MW) yang diperkenalkan pada tahun 2011 membolehkan individu kategori pengguna domestik memasang sistem solar fotovolta atau solar PV dan menjual tenaga elektrik yang dijana ke sistem grid. Seramai 8,898 individu telah menyertai program ini. 

3. Program NEM dengan kapasiti terpasang 34 Megawatt telah diluluskan di mana 18 Megawatt telah beroperasi. Program ini telah diperkenalkan pada tahun 2016 dan mensyaratkan pemilik rumah yang memasang sistem solar PV untuk menggunakan tenaga solar bagi kegunaan sendiri terlebih dahulu dan sebarang lebihan tenaga boleh dijual kepada pihak utiliti. Pada tahun 2018, Program ini telah ditambah baik dengan membenarkan lebihan tenaga yang tidak digunakan dijual kepada pihak utiliti pada kadar tarif yang sama dengan kadar tarif yang dibeli daripada pihak utiliti. 

4. Melalui program ini, peserta akan dapat menikmati penjimatan bil elektrik bulanan yang merupakan insentif bagi pemilik kediaman untuk menyertai program ini. Sehingga Jun 2021, seramai 2,188 individu kategori pengguna domestik telah menyertai program ini. 

Sekian, terima kasih.
     

Attachments