Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Negara

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 4

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

13 October 2021

Tahun Persidangan

2021

Kategori

Tenaga

Nombor Soalan

23

Soalan

​Sr Haji Mohd Apandi Bin Mohamad minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan bilakah tarikh persetujuan sempadan maritim antara Negeri Kelantan dan Terengganu akan dicapai.

 

Jawapan

​​Tuan Yang di-Pertua,

1) Untuk makluman, persempadanan darat antara Negeri Kelantan Darul Naim dan Negeri Terengganu Darul Iman telah dimuktamadkan dan ditandatangani pada 20 Jun 2019. Selanjutnya, untuk memulakan sempadan maritim antara negeri Kelantan dan Terengganu, titik akhir sempadan darat tersebut perlu diunjurkan sehingga ke tikas air surut.

2) Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) telah menyediakan draf Perjanjian Sempadan Maritim untuk persetujuan kedua - dua kerajaan negeri. Dalam hal ini, kerajaan negeri Terengganu telah bersetuju dengan draf Perjanjian Sempadan Maritim pada 20 Januari 2020 semasa Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Teknikal (JBT) Penandaan dan Pengukuran Sempadan Antara Negeri Terengganu dan Kelantan Bil. 1/2020. Sementara itu pula, Kerajaan negeri Kelantan pada 26 Februari 2020 bersetuju meluluskan draf Perjanjian Sempadan Maritim tetapi dengan pindaan ke atas draf tersebut kerana membuat ketetapan menolak Akta Laut Wilayah 2012 (Akta 750) dan penambahan pada Artikel 3 - Penerimaan Sempadan. 

3) Kedua-dua Kerajaan Negeri sewajarnya meneruskan inisiatif bagi menentukan persempadanan maritim antara negeri dengan mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Penandaan dan Pengukuran Sempadan Bersama Negeri (JPPSBN) untuk memuktamadkan Perjanjian Sempadan Maritim antara kedua-dua negeri termasuk memuktamadkan aspek isu-isu perundangan dengan mengadakan perbincangan lanjut mengenai perkara ini dengan Jabatan Peguam Negara.

4) Setakat ini, belum ada tarikh persetujuan sempadan maritim antara Negeri Kelantan dan Terengganu yang dicapai dan ia tertakluk kepada persetujuan antara kedua - dua Pihak Berkuasa Negeri (PBN) yang berkenaan.

Sekian, terima kasih.
  

Attachments