Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Negara

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 4

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

14 October 2021

Tahun Persidangan

2021

Kategori

Tenaga

Nombor Soalan

21

Soalan

​​Tuan Zaiedi Suhaili minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan :-
a) sejauh manakah prospek penggunaan tenaga solar bagi setiap isi rumah di seluruh negara; dan
b) bagaimana dasar Kerajaan ke atas tarif dan percukaian bagi import alatan, peranti atau kenderaan yang mengguna tenaga boleh diperbaharui.

 

Jawapan

​​Tuan Yang di-Pertua,

1. Kerajaan telah mengenal pasti potensi bumbung rumah-rumah kediaman di negara ini bagi pemasangan sistem solar fotovolta atau solar PV. Satu program khas yang dinamakan Net Energy Metering atau NEM Rakyat telah diperkenalkan bagi menggalakkan pemasangan sistem solar PV di bumbung rumah. 

2. Melalui program ini, pemilik rumah boleh menggunakan tenaga solar yang dijana untuk kegunaan sendiri. Lebihan tenaga yang tidak digunakan pula boleh dijual kepada pihak utiliti pada kadar tarif yang sama dengan kadar tarif yang dibeli daripada pihak utiliti. Dianggarkan sebanyak 40,000 hingga 100,000 pengguna domestik akan mendapat manfaat daripada program ini. 

3. Kerajaan telah menyediakan insentif cukai khas kepada pengusaha Tenaga Boleh Baharu seperti berikut:

a) Green Investment Tax Allowance (GITA) serta Green Income Tax Exemption (GITE) yang memberi pengecualian cukai pelaburan (income tax allowance) kepada syarikat yang melabur/ memperoleh peralatan hijau serta pengecualian cukai pendapatan (Income tax exemption) bagi perkhidmatan hijau; dan

b) insentif pembiayaan Green Technology Financing Scheme (GTFS) di mana Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM2 bilion bagi menampung 2% daripada kadar faedah pinjaman untuk tujuh tahun pertama pelaksanaan projek-projek TBB dengan 60% jaminan kerajaan bagi pembiayaan. ​

Sekian, terima kasih.

   

Attachments