Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Negara

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 4

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

20 October 2021

Tahun Persidangan

2021

Kategori

Tenaga

Nombor Soalan

42

Soalan

​​Dato' Sri Vell Paari a/l Tun Samy Vellu minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah langkah-langkah yang diambil dalam mengurangkan kebergantungan kepada arang batu sebagai sumber tenaga negara.

Jawapan

​​Tuan Yang di-Pertua,

Bagi mengurangkan kebergantungan kepada arang batu sebagai sumber penjanaan, Kerajaan telah menetapkan sasaran sebanyak 31% kapasiti Tenaga Boleh Baharu (TBB) dalam pembekalan elektrik negara menjelang tahun 2025 dan 40% menjelang tahun 2035. 

Sasaran tersebut akan dicapai melalui pelaksanaan program-program TBB sedia ada seperti Feed-in Tariff (FiT), Net Energy Metering (NEM), Self-Consumption (SelCo) dan New Enhanced Dispatch Arrangement (NEDA). Selain itu, Kerajaan juga telah menetapkan bahawa tiada loji jana kuasa baharu berasaskan arang batu akan dibina pada masa akan datang.

Sekian, terima kasih.
  

Attachments