Tuan Yang di-Pertua,
1) Semakan Kementerian mendapati bahawa, Asia Development Bank (ADB) hanya berkongsi secara ringkas cadangannya untuk menyediakan pembiayaan bagi penutupan loji jana kuasa arang batu, yang mana perincian akan diumumkan semasa Mesyuarat COP-26 di Glasgow yang akan diadakan tidak lama lagi. Oleh itu, Kerajaan berpandangan bahawa adalah tidak wajar Kerajaan membuat sebarang komitmen tanpa memahami model yang akan ditawarkan oleh ADB.
2) Walau bagaimanapun, Kementerian ingin menjelaskan bahawa sebarang keputusan untuk menghentikan operasi loji-loji jana kuasa arang batu lebih awal dari tempoh tamat Perjanjian Pembelian Tenaga akan melibatkan kos yang tinggi di samping turut memberi implikasi terhadap jaminan bekalan elektrik negara.
3) Oleh itu, cadangan ini perlu diperhalusi agar ia tidak membebankan rakyat dan dapat memastikan rakyat akan terus mendapat bekalan elektrik yang berdaya harap.
Sekian, terima kasih.