Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 4

Sesi

Mesyuarat Kedua

Tarikh Persidangan

27 October 2021

Tahun Persidangan

2021

Kategori

Tenaga

Nombor Soalan

41

Soalan

PUAN TERESA KOK SUH SIM [ SEPUTEH ] minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah tindakan susulan untuk mendapatkan insentif kewangan selepas mendaftarkan 97,470,000 tan CO2 pengurangan perlepasan gas rumah hijau di platform REDD-plus di bawah Kerangka Konvensyen Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.​​

Jawapan

​​Tuan Yang di-Pertua,

1. Malaysia telah mendaftarkan sebanyak 97.47 juta tan CO2 sebagai kredit karbon di UNFCCC REDD+ Web Platform bagi tempoh 2006 hingga 2010. Kredit karbon yang didaftarkan telah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Kerangka Konvensyen Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNFCCC) serta diiktiraf di peringkat antarabangsa. Melalui inisiatif ini, mana-mana pihak termasuk organisasi dan syarikat-syarikat swasta yang berminat boleh membeli kredit karbon yang telah didaftarkan di platform berkenaan.

2. Kerajaan sedar bahawa usaha pengekalan dan pemuliharaan hutan di negara ini memerlukan dana yang sangat besar. Sehubungan itu, Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) sedang membangunkan Kerangka Kewangan REDD Plus (REDD Plus Finance Framework - RFF) bertujuan untuk menjana sumber kewangan melalui transaksi pasaran karbon hutan (forest carbon market) bagi membiayai usaha pengekalan, pengurusan, perlindungan dan pemuliharaan hutan secara berterusan yang dilaksanakan oleh Kerajaan-Kerajaan Negeri. ​​

Sekian, terima kasih.




  

Attachments