Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 4

Sesi

Mesyuarat Kedua

Tarikh Persidangan

27 October 2021

Tahun Persidangan

2021

Kategori

Tenaga

Nombor Soalan

42

Soalan

Puan Yeo Bee Yin [BAKRI] minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan perkembangan tentang pendrafan dan pembentangan Akta Kecekapan dan Konservasi Negara.


 ​


Jawapan

​​Tuan Yang di-Pertua,

1. Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) sedang menggubal Rang Undang-undang Kecekapan dan Konservasi Tenaga sebagai kerangka perundangan untuk mengawal selia dan menyokong pelaksanaan inisiatif kecekapan tenaga secara menyeluruh khususnya untuk pengguna elektrik berintensiti tinggi dalam sektor industri dan komersial.

2. Pada masa ini, draf Rang Undang-undang Kecekapan dan Konservasi Tenaga sedang dalam peringkat semakan akhir di peringkat Jabatan Peguam Negara (AGC). Rang Undang-undang Kecekapan dan Konservasi Tenaga dijangka akan dikemukakan untuk bacaan kali pertama di Parlimen pada tahun 2022. ​

Sekian, terima kasih.

  

Attachments