Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 4

Sesi

Mesyuarat Kedua

Tarikh Persidangan

02 November 2021

Tahun Persidangan

2021

Kategori

Tenaga

Nombor Soalan

20

Soalan

​​YB DR ONG KIAN MING [BANGI] minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan jumlah dan peratusan kontrak Large Scale Solar (LSS) 2 dan 3 yang telah diselesaikan dan langkah-langkah yang telah dan sedang diambil terhadap pihak yang belum lagi memulakan atau menyelesaikan projek LSS 2 dan 3 mengikut syarat-syarat yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Tenaga.

 

Jawapan

​​Tuan Yang di-Pertua,

1. Di bawah Program Large Scale Solar Pusingan Kedua (LSS-2), kesemua 27 pemaju di Semenanjung telah berjaya menandatangani Perjanjian Pembelian Tenaga atau Power Purchase Agreement – PPA, dengan izin. Manakala, proses menandatangani perjanjian bagi 8 pemaju di Sabah sedang dimuktamadkan dengan Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB). Pihak Suruhanjaya Tenaga menjangkakan kesemua PPA berkenaan akan ditandatangani sebelum 31 Disember 2021. Bagi Program LSS Pusingan Ketiga (LSS-3), kesemua pemaju projek telah menandatangani PPA.

2. Untuk memastikan kelancaran pelaksanaan projek-projek LSS, pihak Suruhanjaya Tenaga telah menetapkan garis masa dan carta batuan bagi setiap projek yang telah memenangi bidaan LSS. Oleh yang demikian, adalah menjadi tanggungjawab pihak pemaju projek untuk memastikan kemajuan pelaksanaan projek menepati sasaran yang telah ditetapkan supaya projek dapat disiapkan mengikut jadual. Mana-mana pemaju LSS yang tidak mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Tenaga boleh dikenakan tindakan termasuk ditarik balik kelulusan projek dan dikenakan penalti atas kelewatan pelaksanaan projek-projek tersebut. ​

3. Penetapan syarat-syarat dan sasaran-sasaran ini akan dapat memastikan supaya projek-projek ini dilaksanakan mengikut garis masa yang ditetapkan. 


Sekian, terima kasih.

  

Attachments