Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 4

Sesi

Mesyuarat Kedua

Tarikh Persidangan

02 November 2021

Tahun Persidangan

2021

Kategori

Tenaga

Nombor Soalan

39

Soalan

​​TUAN WONG CHEN [SUBANG] minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan:

a) adakah Kementerian komited untuk menghentikan kesemua stesen jana kuasa arang batu dan beralih kepada gas asli; dan 

b) apakah jangka masa yang dijangka untuk melengkapkan peralihan ini.
   

Jawapan

​​Tuan Yang di-Pertua,

1. Dalam usaha untuk mengurangkan pelepasan gas rumah hijau dalam sektor elektrik, Kerajaan telah membuat keputusan untuk tidak membangunkan loji jana kuasa arang batu yang baharu setelah loji jana kuasa arang batu sedia ada tamat tempoh operasinya. 

2. Bagi loji jana kuasa arang batu sedia ada yang sedang beroperasi, Kerajaan tidak bercadang untuk menghentikan operasi loji-loji tersebut sebelum tamat tempoh Perjanjian Pembelian Tenaga kerana ia akan melibatkan kos yang tinggi di samping memberi implikasi terhadap jaminan bekalan elektrik negara. 

3. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, proses peralihan sektor bekalan elektrik ke arah sistem rendah karbon perlu dilaksanakan secara berperingkat agar ia tidak membebankan rakyat dan Kerajaan dapat memastikan bekalan elektrik yang berdaya harap kepada pengguna. Oleh itu, Kerajaan telah menetapkan bahawa operasi loji-loji jana kuasa arang batu sedia ada dengan kapasiti berjumlah 7,000MW akan diteruskan dan apabila loji-loji jana kuasa ini tamat beroperasi, kapasiti tersebut akan digantikan dengan kapasiti penjanaan daripada gas asli dan Tenaga Boleh Baharu.

Sekian, terima kasih.


   

Attachments