Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 4

Sesi

Mesyuarat Kedua

Tarikh Persidangan

15 November 2021

Tahun Persidangan

2021

Kategori

Tenaga

Nombor Soalan

3

Soalan

​​TUAN ABDUL LATIFF BIN ABDUL RAHMAN [KUALA KRAI] minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kementerian bagi memastikan bekalan elektrik di semenanjung adalah mencukupi dan grid talian penghantaran sentiasa kukuh.

 

Jawapan

​​Tuan Yang di-Pertua,

1. Bagi memastikan bekalan elektrik di Semenanjung sentiasa mencukupi, Kerajaan telah meluluskan Pelan Pembangunan Penjanaan Semenanjung bagi tempoh 20 tahun yang telah dirangka berdasarkan kriteria berikut:

i) kadar rizab margin yang optimum antara 25% hingga 30%;

ii) kepelbagaian sumber bahan api bagi mengelakkan kebergantungan penjanaan negara kepada bahan api tertentu sahaja; dan

iii) kadar jangkaan kehilangan beban (Loss of Load Expectation –LOLE) sebanyak 24 jam/tahun. Kadar ini menunjukkan jangkaan bilangan jam setahun di mana sistem bekalan elektrik negara tidak dapat memenuhi permintaan.

2. Pelan ini juga turut dirangka dengan menyeimbangkan elemen jaminan bekalan (security), kelestarian (sustainability) dan mampu bayar (affordability). Ini bermakna, pembekalan elektrik di Malaysia bukan sahaja menitikberatkan elemen kecukupan bekalan semata-mata, tetapi turut mengambil kira faktor kelestarian tenaga serta tarif yang munasabah kepada pengguna.

3. Bagi memastikan Sistem Grid Nasional kukuh dan stabil, Tenaga Nasional Berhad (TNB) sedang melaksanakan Projek Talian Penghantaran 500kV dari utara hingga selatan Semenanjung yang akan menjadi tulang belakang Sistem Grid Nasional. Pelaksanaan projek 500kV ini akan mengoptimumkan penghantaran elektrik kepada pengguna-pengguna di seluruh Semenanjung Malaysia dan memastikan pengguna-pengguna elektrik di Semenanjung mendapat bekalan elektrik yang berdaya harap. 

Sekian, terima kasih.
  

Attachments