Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 4

Sesi

Mesyuarat Kedua

Tarikh Persidangan

15 November 2021

Tahun Persidangan

2021

Kategori

Tenaga

Nombor Soalan

33

Soalan

Dato' Seri Anwar bin Ibrahim [PORT DICKSON] minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan berapa kos pembinaan, jangkaan siap bagi Empangan Hidroelektrik Nenggiri dan sejauh mana pembinaan empangan ini dapat mengawal banjir dan ekosistem setempat.​

Jawapan

​​Tuan Yang di-Pertua,

1. Kos pembinaan Projek Hidroelektrik Nenggiri adalah dianggarkan berjumlah RM 5 billion dan tarikh operasi komersial telah ditetapkan pada 1 Jun 2027. 

2. Tujuan utama pembinaan Projek Hidroelektrik Nenggiri ini adalah bagi tujuan penjanaan elektrik berasaskan hidro. Walau bagaimanapun, dengan pelaksanaan projek ini, ia secara tidak langsung akan membantu mengawal aliran air dari hulu sungai ke Sungai Kelantan dan seterusnya mampu untuk membantu mengatasi masalah banjir di negeri Kelantan. 

3. Kerajaan sentiasa mengambil berat isu-isu berkaitan ekosistem dan alam sekitar di kawasan setempat. Isu-isu ini telah diambil kira di dalam laporan Environmental Impact Assessment (EIA) yang telah diluluskan oleh Jabatan Alam Sekitar pada April 2018. Sehubungan itu, Kerajaan akan memastikan pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) mematuhi kesemua arahan dan langkah-langkah mitigasi yang telah ditetapkan di dalam laporan EIA tersebut.

Sekian, terima kasih.
   

Attachments