Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 4

Sesi

Mesyuarat Kedua

Tarikh Persidangan

15 November 2021

Tahun Persidangan

2021

Kategori

Tenaga

Nombor Soalan

23

Soalan

DATUK HAJI AHMAD JAZLAN BIN YAAKUB [MACHANG] minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah tindakan Kementerian dalam memperluas penggunaan tenaga solar di setiap rumah penduduk Malaysia sebagai satu usaha mengetengahkan sumber tenaga hijau khususnya untuk rakyat Orang Asli di Kelantan.

​ 


Jawapan

​​Tuan Yang di-Pertua,

1. Bagi memperluas penggunaan tenaga solar bagi setiap penduduk di Malaysia, Kerajaan telah mengenal pasti potensi bumbung rumah-rumah kediaman di negara ini bagi pemasangan sistem solar fotovolta atau solar PV. Satu program khas yang dinamakan Net Energy Metering atau NEM Rakyat telah diperkenalkan bagi menggalakkan pemasangan sistem solar PV di bumbung rumah. 

2. Melalui program ini, pemilik rumah boleh menggunakan tenaga solar yang dijana untuk kegunaan sendiri. Lebihan tenaga yang tidak digunakan pula boleh dijual kepada pihak utiliti pada kadar tarif yang sama dengan kadar tarif yang dibeli daripada pihak utiliti. Dianggarkan sebanyak 40,000 hingga 100,000 pengguna domestik akan mendapat manfaat daripada program ini. 

3. Bagi membekalkan elektrik ke kawasan terpencil yang jauh dari grid nasional seperti di penempatan Orang Asli di Kelantan, Kerajaan melalui Program Bekalan Elektrik Luar Bandar di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar turut menggunakan solar hibrid di kawasan-kawasan tersebut.


Sekian, terima kasih.
   

Attachments