Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 4

Sesi

Mesyuarat Kedua

Tarikh Persidangan

15 November 2021

Tahun Persidangan

2021

Kategori

Tenaga

Nombor Soalan

41

Soalan

PUAN YEO BEE YIN [ BAKRI ] minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan status terkini projek-projek di bawah LSS-3 dan LSS@MEnTARI.​

Jawapan

​​Tuan Yang di-Pertua,

1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sehingga bulan Julai 2021, kemajuan projek-projek loji jana kuasa solar di bawah Program Large Scale Solar Pusingan Ke-3 (LSS-3) adalah dalam lingkungan 30% hingga 80%. Kesemua projek di bawah LSS-3 dijangka dapat disiapkan dan mula mengeksport tenaga elektrik ke grid menjelang akhir tahun 2022. 

2. Bagi projek-projek di bawah LSS@MEnTARI yang diumumkan keputusannya pada bulan Mac 2021, kesemua pembida yang berjaya telah menandatangani Perjanjian Pembelian Tenaga (PP) dan sedang dalam proses mencapai financial close. Kerja-kerja tapak akan bermula selepas syarikat mencapai financial close.

3. Pelaksanaan projek-projek di bawah LSS-3 dan LSS@MEnTARI telah mengalami sedikit kelewatan disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan Kerajaan sepanjang tahun 2021 ekoran penularan wabak Covid-19. Walau bagaimanapun, Kerajaan akan memastikan kelewatan ini tidak menjejaskan pencapaian sasaran 31% kapasiti Tenaga Boleh Baharu (TBB) dalam pembekalan elektrik negara menjelang tahun 2025 sebagaimana yang telah ditetapkan. ​

Sekian, terima kasih.

  

Attachments