Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 4

Sesi

Mesyuarat Kedua

Tarikh Persidangan

18 November 2021

Tahun Persidangan

2021

Kategori

Tenaga

Nombor Soalan

16

Soalan

DR. LEE BOON CHYE [GOPENG] minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan penggunaan tenaga mengikut sumber dan setakat manakah Kementerian memberi insentif untuk industri tenaga boleh diperbaharui (renewable energy).​​

Jawapan

​​Tuan Yang di-Pertua,

1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sehingga 30 Jun 2021, jumlah kapasiti terpasang dalam pembekalan elektrik negara berdasarkan pecahan sumber adalah seperti berikut:

(i) Gas : 14,276MW (38%)
(ii) Arang Batu : 12,994MW (35%)
(iii) MFO/Diesel : 834MW (2%)
(iv) Tenaga Boleh Baharu : 8,521MW (22%)
(v) Lain-lain : 868MW (3%)

2. Bagi menggalakkan pemaju tempatan untuk terus melaksanakan projek-projek TBB bagi menyokong agenda pembangunan lestari negara, Kerajaan telah menyediakan beberapa insentif seperti berikut:

(i) Green Investment Tax Allowance (GITA) yang memberikan Elaun Cukai Pelaburan (ECP) sebanyak 100% ke atas perbelanjaan modal seperti pelaburan dan perolehan aset hijau yang layak; 

(ii) Green Income Tax Exemption (GITE) yang memberikan pengecualian cukai pendapatan (income tax exemption) ke atas pendapatan berkanun bagi aktiviti perkhidmatan hijau; dan

(iii) Skim Pembiayaan Teknologi Hijau atau Green Technology Financing Scheme (GTFS) yang menawarkan rebat sebanyak 2% daripada kadar faedah pinjaman bank yang dikenakan untuk tujuh tahun pertama pelaksanaan projek, serta jaminan Kerajaan sebanyak 60% daripada jumlah pinjaman yang diluluskan. 

Sekian, terima kasih. 

Attachments