Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Negara

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 3

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

22 December 2020

Tahun Persidangan

2020

Kategori

Tenaga

Nombor Soalan

27

Soalan

Datuk Haji Ismail Bin Ibrahim minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan bilangan isi rumah domestik (Semenanjung Malaysia) yang disemak semula kadar bayaran deposit bekalan elektrik dan bagaimana Kerajaan memastikan syarat dan peraturan sedia ada oleh TNB tidak membebankan isi rumah B40 yang terkesan dalam PKPB Gelombang ke-3 COVID-19.​

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

1. Sepanjang tahun 2020, Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah menyemak semula kadar bayaran deposit bekalan elektrik bagi 483 akaun domestik di Semenanjung Malaysia.

2. Penentuan amaun bayaran deposit adalah berdasarkan anggaran caj penggunaan elektrik untuk 2 bulan seperti yang ditetapkan melalui subperaturan 5(1), Peraturan-Peraturan Bekalan Pemegang Lesen 1990 di bawah Akta Bekalan Elektrik 1990 [Akta 447].

3. Walau bagaimanapun, sekiranya wang deposit yang telah dibayar oleh pengguna adalah melebihi anggaran 2 bulan caj penggunaan elektrik, pengguna boleh memohon pemulangan lebihan deposit daripada pihak TNB.

4. Untuk makluman, sekiranya wang deposit pengguna adalah melebihi anggaran 2 bulan caj penggunaan elektrik, pengguna juga boleh memilih untuk mengekalkan lebihan deposit berkenaan. Dalam hal ini, TNB akan membayar rebat setiap tahun berdasarkan kepada jumlah wang deposit pengguna, selaras dengan subperaturan 5(5) (Peraturan-Peraturan Bekalan Pemegang Lesen). 

5. Pada masa ini, kuantum rebat yang ditetapkan adalah sebanyak 2.5% setahun yang akan dikembalikan kepada akaun pengguna dalam bil bulan Januari setiap tahun. Rebat ini hanya terpakai untuk deposit dalam bentuk tunai sahaja dan tidak termasuk deposit dalam bentuk jaminan bank.

​Sekian, terima kasih.

Attachments