Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Negara

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 3

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

23 December 2020

Tahun Persidangan

2020

Kategori

Tenaga

Nombor Soalan

36

Soalan

Puan Nuridah binti Mohd Salleh minta Menteri Tenaga Dan Sumber Asli menyatakan sama ada Kerajaan mempunyai perancangan untuk memperluas penjanaan tenaga solar berikutan Malaysia merupakan negara yang mendapat purata cahaya matahari yang tinggi sepanjang tahun.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

​Program Large Scale Solar (LSS) telah dilaksanakan sejak tahun 2016 melalui proses pembidaan terbuka dan kompetitif. Pelaksanaan program ini oleh Suruhanjaya Tenaga telah membolehkan Kerajaan mendapat tawaran harga penjanaan daripada sumber TBB solar yang paling kompetitif daripada syarikat-syarikat pemaju. Sehingga kini, sebanyak 4 pusingan bidaan telah dilaksanakan dengan jumlah kapasiti yang ditawarkan sebanyak 2,500MW. 

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, 

Kerajaan melalui Jawatankuasa Perancangan dan Pelaksanaan Pembekalan Elektrik Negara (JPPPET) telah menetapkan hala tuju dan perancangan yang menyeluruh bagi pembekalan elektrik negara termasuk penjanaan tenaga boleh baharu (TBB) dari sumber solar. Jumlah kapasiti solar yang disambungkan ke sistem grid perlu dirancang dan diuruskan dengan teliti bagi menjamin kestabilan dan keselamatan sistem pembekalan elektrik. Ini turut mengambil kira faktor intermittency serta kebergantungan kepada keadaan cuaca. Antara aspek yang diberikan tumpuan termasuk: 

(i) memastikan kadar kemasukan kapasiti daripada sumber solar adalah sekata dengan kadar kemasukan kapasiti sumber TBB lain yang memberikan pembekalan elektrik berterusan (firmed supply) seperti biogas, biojisim dan janakuasa hidro; 

(ii) memastikan pembekalan elektrik daripada sumber solar yang digandingkan dengan sumber TBB lain tidak  memberikan implikasi kos tambahan yang tinggi dan membebankan pengguna elektrik; 

(iii) menetapkan had kemasukan kapasiti solar (solar penetration) dalam sistem pembekalan elektrik berdasarkan maklumat permintaan puncak; dan 

(iv) mengambil langkah-langkah perlu untuk meningkatkan keanjalan sistem grid (grid flexibility) melalui integrasi pendigitalan (digitalisation) dan pembangunan sistem penstoran tenaga (energy storage system). 

Sekian, terima kasih.

Attachments