Pertanyaan

Bukan Lisan

Dewan

Dewan Negara

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 3

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

Tahun Persidangan

2020

Kategori

Mineral

Nombor Soalan

123

Soalan

Puan Asmak Binti Husin minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan senarai program yang telah dijalankan bagi meningkatkan kesedaran tentang isu dan cabaran geologi di Mala​ysia.​​

Jawapan

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,​

1. Isu dan cabaran geologi di Malaysia yang menjadi perhatian dan tanggungjawab Kementerian ini adalah merupakan fungsi yang dilaksanakan oleh Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG). Bidang tersebut merangkumi bencana geologi yang melibatkan insiden tanah runtuh, gempa bumi, lubang benam dan kebakaran tanah gambut, kekurangan air bersih di kawasan bandar dan pedalaman dan pembangunan geopark kebangsaan serta global. 

2. Bagi meningkatkan kesedaran tentang isu dan cabaran ini, pelbagai program telah dilaksanakan merangkumi program kesedaran bencana tanah runtuh dan gempa bumi di peringkat awam dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), program merakyatkan penggunaan sumber air bawah tanah, program bina upaya (capacity building) di kalangan pakar geologi, program kerjasama JMG bersama Institut Pengajian Tinggi (IPT) dan di peringkat serantau dan antarabangsa serta program pengukuhan perundangan dan peraturan berkaitan geobencana sedia ada. 

3. Selain itu, JMG juga melaksanakan program kesedaran penggunaan air bawah tanah kepada komuniti dan pihak Badan Kawal Selia Air di setiap negeri yang terjejas disamping kerjasama dengan Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia dan Jabatan Bomba dan Penyelamat bagi program penggunaan sumber air bawah tanah untuk mencegah kebakaran tanah gambut. 

4. Bagi pemuliharaan khazanah geologi sebagai sumber pembangunan ekonomi masyarakat luar bandar, beberapa program telah dilaksanakan melibatkan pihak berkuasa negeri dan pihak berkuasa tempatan di kawasan yang diiktiraf sebagai geopark kebangsaan (Geopark Jerai, Geopark Langkawi, Geopark Lembah Kinta, Geopark Kinabalu). Program ini juga dilaksanakan di kawasan yang berpotensi diiktiraf sebagai geopark kebangsaan (Mersing, Lenggong, Delta Sarawak, Perlis, dan Kenyir). 

5. Isu berkaitan bekalan air bersih turut memberi cabaran bagi JMG khususnya dalam penyediaan sumber air bawah tanah di dalam sistem perbekalan air sedia ada khususnya di kawasan bandar atau pedalaman, pencemaran sumber air akibat kegiatan perlombongan, pembalakan dan perladangan, penerobosan air masin terhadap akuifer air bawah tanah dan kekurangan sumber air permukaan di loji-loji rawatan air (LRA) pada musim kemarau. 

Sekian, terima kasih.

Attachments