Pertanyaan

Bukan Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 4

Sesi

Mesyuarat Kedua

Tarikh Persidangan

Tahun Persidangan

2021

Kategori

Perhutanan

Nombor Soalan

18

Soalan

DATO’ SRI HASAN BIN ARIFIN [ROMPIN] minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah statistik hutan simpan yang diceroboh dan dinyah warta bagi tujuan pembangunan. Apakah keluasan terkini hutan simpan kekal yang masih terpelihara di seluruh negara.

Jawapan

​Tuan Yang di-Pertua,

1. Perkara 74 (2) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa hutan adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri. Manakala, bidang kuasa Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) melalui Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) adalah dalam memberikan nasihat teknikal mengenai pengurusan dan pembangunan hutan serta menjalankan penyelidikan dan khidmat latihan.

2. Sehingga tahun 2018, Malaysia mempunyai kawasan berhutan seluas 18.27 juta hektar atau 55.3 peratus daripada keluasan tanah negara. Daripada jumlah tersebut, keluasan hutan simpanan kekal (HSK) di Malaysia adalah seluas 10.92 juta hektar iaitu bersamaan dengan 33.06 peratus daripada keluasan tanah negara.

3. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, jumlah keluasan HSK yang telah diceroboh bagi tahun 2016 hingga 2020 adalah seluas 15,456.14 hektar. Antara aktiviti-aktiviti pencerobohan yang telah dikenalpasti oleh JPSM, Jabatan Perhutanan Sabah dan Jabatan Hutan Sarawak adalah untuk tujuan pertanian, pembinaan infrastruktur, aktiviti perlombongan dan sebagainya. Manakala, jumlah keluasan HSK yang diwarta keluar untuk tujuan pembangunan adalah seluas 439,184.48 hektar bagi tahun 2016 hingga 2020.

Sekian, terima kasih.
 

Attachments