Pertanyaan

Bukan Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Kedua

Tarikh Persidangan

Tahun Persidangan

2021

Kategori

Tenaga

Nombor Soalan

270

Soalan

DATUK SERI DR. MUJAHID BIN YUSOF RAWA [PARIT BUNTAR] minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan insentif kepada pengguna yang memakai tenaga solar di rumah kediaman. ​​

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kerajaan telah memperkenalkan Program Net Energy Metering atau NEM sebagai satu insentif kepada pengguna yang memasang sistem solar fotovolta (solar PV) di bumbung rumah kediaman. Program ini membolehkan pengguna memasang sistem solar PV di bumbung dan menjana tenaga solar untuk kegunaan sendiri. Lebihan tenaga yang tidak digunakan pula boleh dijual kepada pihak utiliti pada kadar tarif yang sama dengan kadar tarif elektrik yang dibeli daripada pihak utiliti untuk “offset" dalam bil elektrik untuk tempoh 12 bulan.

2. Melalui pelaksanaan Program NEM, Kerajaan menyediakan pilihan kepada pengguna untuk beralih kepada tenaga solar sebagai sumber pembekalan elektrik. Selain dapat menikmati penjimatan bil bulanan, Program NEM juga membolehkan pengguna bertukar kepada gaya hidup yang lebih lestari serta menyokong pencapaian sasaran 31% kapasiti Tenaga Boleh Baharu dalam pembekalan elektrik negara menjelang tahun 2025 dan 40% menjelang tahun 2035, sebagaimana yang telah ditetapkan Kerajaan.​

Sekian, terima kasih.

Attachments