Pertanyaan

Bukan Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 4

Sesi

Mesyuarat Kedua

Tarikh Persidangan

Tahun Persidangan

2021

Kategori

Perhutanan

Nombor Soalan

392

Soalan

TUAN SIM CHEE KEONG [ BUKIT MERTAJAM ] minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan keluasan hutan simpan kekal bagi setiap negeri dari tahun 2010 sehingga kini.

 


Jawapan

​Tuan Yang di-Pertua, 

1. Semasa Sidang Kemuncak Bumi di Rio de Janeiro pada tahun 1992, Malaysia telah menyatakan komitmennya untuk mengekalkan sekurang-kurangnya 50 peratus daripada keluasan tanah negara supaya dilitupi pokok-pokok dan kawasan berhutan. 

2. Pada masa kini, Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) menggunakan data hutan bagi tahun 2018 yang telah disahkan melalui proses verifikasi dan pengesahan berdasarkan data hutan yang dikumpul dan diselaraskan daripada ketiga-tiga wilayah iaitu Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Proses verifikasi dan pengesahan ini dilakukan bagi membolehkan data tersebut digunakan sebagai data rasmi negara di peringkat nasional dan antarabangsa. Proses ini melibatkan pengesahan daripada Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, Jabatan Perhutanan Sabah dan Jabatan Hutan Sarawak selaku pemilik (custodian) kepada data hutan tersebut. ​

3. Keluasan hutan simpanan kekal (HSK) bagi tahun 2010 hingga 2018 yang telah diselaraskan, disahkan dan dimuktamadkan oleh ketiga-tiga wilayah (Semenanjung, Sabah dan Sarawak) dari tahun 2010 hingga kini di Semenanjung adalah seluas 4.80 juta hektar, di Sabah seluas 1.91 juta hektar dan di Sarawak seluas 4.21 juta hektar.


Sekian, terima kasih.







   

 

 

 


Attachments