Pertanyaan

Bukan Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Kedua

Tarikh Persidangan

Tahun Persidangan

2021

Kategori

Tenaga

Nombor Soalan

441

Soalan

PUAN VIVIAN WONG SHIR YEE [ SANDAKAN ] minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah rancangan Kementerian untuk menggunakan penjanaan tenaga biomas sebagai pilihan tenaga hijau memandangkan jumlah sumber biomas yang banyak terdapat dalam sektor kelapa sawit di Sabah.

​ 


Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

Bagi menggalakkan penggunaan biojisim daripada kepala sawit sebagai sumber tenaga boleh baharu di Negeri Sabah, Kerajaan telah membenarkan penggunaan sisa kelapa sawit sebagai salah satu sumber biojisim di bawah mekanisme Feed-in Tariff (FiT). Jumlah kapasiti terpasang bagi loji jana kuasa menggunakan biojisim di Sabah yang telah menyertai Program FiT adalah berjumlah 25.8MW.​

Sekian, terima kasih.


Attachments