Pertanyaan

Bukan Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 4

Sesi

Mesyuarat Kedua

Tarikh Persidangan

Tahun Persidangan

2021

Kategori

Perhutanan

Nombor Soalan

451

Soalan

TUAN HAJI WAN HASSAN BIN MOHD RAMLI [ DUNGUN ] minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan memaklumkan perancangan dalam masa terdekat ini untuk memastikan Kerajaan-Kerajaan negeri di Malaysia untuk meluaskan pewartaan hutan simpan bagi memastikan kelestarian alam sekitar terpelihara.

 



Jawapan

​Tuan Yang di-Pertua,

1. Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) melalui Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) dan Jabatan-jabatan Perhutanan Negeri telah mengambil inisiatif bagi memelihara dan meluaskan kawasan hutan-hutan simpan adalah seperti berikut:

i) menyediakan Rancangan Pengurusan Hutan Negeri setiap 10 tahun bagi tujuan pentadbiran, pengurusan dan pembangunan HSK secara berkekalan;

ii) mempergiatkan usaha ke arah mewartakan kawasan-kawasan berhutan baru sebagai HSK dengan sasaran untuk meningkatkan jumlah kawasan HSK di Semenanjung Malaysia kepada 5 juta hektar; 

iii) mengawal dan mengelakkan kelulusan pembangunan utiliti dan bukan utiliti dalam Hutan Simpanan Kekal (HSK) dan Rizab Hidupan Liar (RHL) di Semenanjung selaras dengan keputusan Majlis Tanah Negara Ke-73 pada 30 November 2017;

iv) menyediakan peruntukan sebanyak RM60 juta pada tahun 2019 dan RM70 juta pada tahun 2021 kepada negeri-negeri yang mengambil usaha melindungi kawasan hutan tadahan air dan kawasan perlindungan sedia ada dan menambah kawasan perlindungan yang baharu. Insentif ini diagihkan melalui instrumen Ecological Fiscal Transfer for Biodiversity Conservation (EFT);

v) menjana pendapatan melalui potensi baharu selain daripada kayu balak termasuk inisiatif REDD Plus dan bayaran bagi perkhidmatan ekosistem (Payment for Ecosystem Services – PES) bagi mengurangkan kebergantungan kepada aktiviti pembalakan; dan

vi) kerjasama dan libat urus dengan Kerajaan Negeri melalui platform Majlis Tanah Negara untuk menyelaras amalan pengurusan dan penggunaan sumber hutan secara terancang, rasional dan berkesan selaras dengan keperluan untuk memelihara hutan sebagai sumber semula jadi.

Sekian, terima kasih.
  

Attachments