Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Negara

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 4

Sesi

Mesyuarat Kedua

Tarikh Persidangan

13 December 2021

Tahun Persidangan

2021

Kategori

Tenaga

Nombor Soalan

39

Soalan

Tuan Aknan Ehtook minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan bilangan stesen jana kuasa elektrik mengikut jenis bahan api dan tindakan Kerajaan untuk meningkatkan penggunaan bahan api mesra alam dalam menghasilkan elektrik.​​

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

1. Bilangan stesen jana kuasa elektrik utama yang sedang beroperasi di Malaysia mengikut jenis bahan api adalah seperti berikut:

No.Sumber Bahan ApiBilangan Loji Jana Kuasa
1.
Gas27
2.Arang Batu11
3.Stesen Jana Kuasa Hidro15
4.Diesel7
5.

Tenaga Boleh Baharu

(Solar, Biomas, Biojisim, Biogas)

701

2. Kerajaan mempunyai pelan perancangan yang menyeluruh bagi meningkatkan penggunaan bahan api mesra alam dalam menghasilkan tenaga elektrik. Kerajaan telah menetapkan sasaran sebanyak 31% kapasiti Tenaga Boleh Baharu (TBB) dalam pembekalan elektrik negara menjelang tahun 2025 dan 40% menjelang tahun 2035. Sasaran tersebut akan dicapai melalui pelaksanaan program-program TBB sedia ada iaitu:

(i) Feed-in Tariff (FiT);

(ii) Net Energy Metering (NEM);

(iii) Self-Consumption (SelCo);

(iv) New Enhanced Dispatch Arrangement (NEDA); dan

(v) Green Electricity Tariff (GET).

3. Selain itu, Kerajaan juga telah membuat keputusan untuk tidak membangunkan loji janakuasa arang batu yang baharu pada masa akan datang dalam usaha untuk mengurangkan pelepasan karbon dalam sektor penjanaan elektrik negara.

4. Kerajaan sentiasa terbuka dengan sebarang cadangan untuk meningkatkan sasaran kapasiti TBB dalam pembekalan elektrik negara. Walaubagaimanapun sasaran baharu yang akan ditetapkan perlulah realistik serta mengambil kira elemen keseimbangan dalam trilema tenaga atau energy trilemma iaitu jaminan bekalan tenaga (security), mampu bayar (affordability) dan kelestarian (sustainability).

Sekian, terima kasih.

Attachments