Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Negara

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 4

Sesi

Mesyuarat Kedua

Tarikh Persidangan

14 December 2021

Tahun Persidangan

2021

Kategori

Tenaga

Nombor Soalan

21

Soalan

Dato' Haji Jefridin Bin Haji Atan minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan pada tahap manakah pembangunan ladang solar di Malaysia dan sejauh manakah tahap penggunaan teknologi solar bagi penggunaan domestik atau isi rumah.​​

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pembangunan ladang solar atau solar berskala besar di Malaysia telah dilaksanakan sejak tahun 2017 secara bidaan terbuka dan kompetitif. Sehingga kini, empat pusingan bidaan di bawah Program Solar Berskala Besar atau Large Scale Solar (LSS) telah dilaksanakan dan sebanyak 87 projek loji jana kuasa solar telah diluluskan. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 37 projek dengan jumlah kapasiti sebanyak 659 MW telah beroperasi.

2. Bagi penggunaan solar di kalangan pengguna domestik pula, seramai 12,074 pengguna domestik telah memasang sistem solar fotovolta (solar PV) di premis kediaman masing-masing dengan jumlah kapasiti sebanyak 105.6MW. Penyertaan pengguna domestik adalah melalui Program Tarif Galakan atau Feed-in Tariff (FiT) dan Program Pemeteran Tenaga Bersih atau Net Energy Metering (NEM) yang telah diperkenalkan oleh Kerajaan bagi menggalakkan penjanaan elektrik daripada sumber Tenaga Boleh Baharu (TBB) seterusnya mencapai sasaran 31% kapasiti TBB dalam pembekalan elektrik negara menjelang tahun 2025 dan 40% menjelang tahun 2035.

Sekian, terima kasih.

Attachments