Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Negara

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 4

Sesi

Mesyuarat Kedua

Tarikh Persidangan

14 December 2021

Tahun Persidangan

2021

Kategori

Tenaga

Nombor Soalan

30

Soalan

Tuan Balasubramaniam A/L Nachiappan minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan adakah Kementerian berhasrat untuk mempertingkatkan lagi bekalan elektrik menggunakan Tenaga Boleh Baharu bagi mengurangkan pelepasan gas rumah kaca (GHG) atau karbon dioksida.​​​

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sehingga 30 September 2021, 23% daripada kapasiti penjanaan elektrik negara adalah daripada sumber TBB. Bagi mengurangkan pelepasan karbon dalam sektor penjanaan elektrik, Kerajaan telah menetapkan sasaran sebanyak 31% kapasiti Tenaga Boleh Baharu (TBB) dalam pembekalan elektrik negara menjelang tahun 2025 dan 40% menjelang tahun 2035. Sasaran ini akan dicapai melalui pelaksanaan program-program TBB sedia ada seperti Feed-in Tariff (FiT), Net Energy Metering (NEM), Self-Consumption (SelCo) dan New Enhanced Dispatch Arrangement (NEDA).

2. elan Pembangunan Penjanaan 2020-2039 yang telah diluluskan Kerajaan telah menetapkan laluan rendah karbon atau low carbon pathway dengan izin, bagi mengurangkan pelepasan karbon daripada sektor pembekalan elektrik secara berperingkat, seterusnya menyumbang kepada aspirasi Malaysia untuk mencapai sasaran pelepasan GHG bersih sifar seawal-awalnya pada tahun 2050.

Sekian, terima kasih.

Attachments