Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Negara

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 4

Sesi

Mesyuarat Kedua

Tarikh Persidangan

16 December 2021

Tahun Persidangan

2021

Kategori

Tenaga

Nombor Soalan

29

Soalan

TUAN ROBERT LAU HUI YEW minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan berapa peratus daripada jumlah kapasiti tenaga yang boleh diperbaharui yang datang daripada tenaga hidro. Sejauh manakah Sarawak menyumbang kepada jumlah kapasiti tenaga elektrik hidro.​​

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sehingga suku ketiga tahun 2021, jumlah kapasiti terpasang Tenaga Boleh Baharu adalah sebanyak 7,995MW atau 22.7% daripada keseluruhan kapasiti pembekalan elektrik negara, sebanyak 5,692MW atau 71.2% daripadanya adalah daripada sumber hidro. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 3,452MW atau 60.6% disumbangkan oleh loji-loji janakuasa hidro di negeri Sarawak.

Sekian, terima kasih.

Attachments