Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Negara

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 4

Sesi

Mesyuarat Kedua

Tarikh Persidangan

16 December 2021

Tahun Persidangan

2021

Kategori

Tenaga

Nombor Soalan

42

Soalan

Tuan Balasubramaniam a/l Nachiappan minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan adakah Kementerian berhasrat mewujudkan sambungan grid kuasa hijau melibatkan negara luar seperti mana perancangan negara UK dan India.​​

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

1. Malaysia bersama-sama dengan negara anggota ASEAN yang lain telah pun menandatangani Perjanjian Persefahaman untuk melaksanakan Inisiatif ASEAN Power Grid. Malah, Malaysia telah menerajui pelaksanaan pembelian elektrik hijau daripada sumber hidro dari Lao PDR di bawah projek Lao PDR-Thailand-Malaysia Power Integration Project (LTM-PIP), sebagai projek perintis untuk melihat kebolehlaksanaan teknikal dan komersial dalam perdagangan elektrik merentasi sempadan di kalangan negara-negara ASEAN. Projek ini telah dilaksanakan bermula tahun 2018 dan akan tamat pada 31 Disember 2021.

2. Lanjutan daripada kejayaan pelaksanaan projek LTM-PIP, Malaysia, Thailand, Lao PDR dan Singapura kini sedang memuktamadkan perbincangan di bawah inisiatif Lao PDR-Thailand-Malaysia-Singapore Power Integration Project (LTMS-PIP) bagi membolehkan penjualan elektrik merentas sempadan di antara keempat-empat negara dilakukan termasuk membolehkan sumber hidro yang dijana di Lao PDR disalurkan ke Singapura. Ini menunjukkan komitmen Malaysia sebagai peneraju dalam menjayakan inisiatif ASEAN Power Grid di kalangan negara-negara anggota ASEAN.

Sekian, terima kasih.

Attachments