Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Negara

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 4

Sesi

Mesyuarat Kedua

Tarikh Persidangan

20 December 2021

Tahun Persidangan

2021

Kategori

Biodiversiti, PERHILITAN

Nombor Soalan

3

Soalan

Dato' Ajis Bin Sitin minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan usaha pihak Kerajaan di dalam memurnikan konflik di antara masyarakat Orang Asli di kawasan pedalaman dengan haiwan liar terutamanya gajah dan harimau yang ser​ing mengganggu kesejahteraan hidup masyarakat Orang Asli seperti kes harimau membaham Orang Asli dalam kawasan perkampungan mereka dan banyak insiden di mana gajah memusnahkan tanaman masyarakat Orang Asli sedangkan mereka tidak dibenarkan membunuh atau menghapuskan binatang-binatang liar tersebut.​

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

1. Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) melalui Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) sentiasa mengambil serius berhubung dengan masalah konflik hidupan liar seperti gajah dan Harimau Malaya yang dihadapi oleh komuniti Orang Asli.

2. Antara langkah-langkah mitigasi yang telah dilaksanakan oleh Jabatan PERHILITAN dalam membendung konflik manusia dan gajah adalah seperti berikut:

(i) membina pagar elektrik di penempatan Orang Asli. Lokasi yang telah dibina pagar antaranya ialah;

1) Kg. Tenang, Labis, Johor sepanjang 21 km;

2) RPS Air Banun, Perak sepanjang 12 km;

3) Kg. Bawong, Perak sepanjang 38 km;

4) Pos Kemar, Perak sepanjang 2 km;

5) Kg. Mentelong, Rompin, Pahang sepanjang 2 km; dan

6) Pos Pasik, Kelantan sepanjang 800 m.

(ii) memasang kolar satelit bagi kumpulan gajah yang telah dikenal pasti bagi memantau pergerakan kumpulan gajah tersebut dan seterusnya mengambil tindakan pencegahan sekiranya kumpulan tersebut menghampiri kawasan kampung atau pertanian;

(iii) mengagihkan lampu LED berwarna untuk menghalau gajah serta melatih penduduk kampung menggunakan lampu LED tersebut;

(iv) meningkatkan rondaan di kawasan-kawasan keliaran gajah bagi mencegah konflik  manusia dan gajah; dan

(v) mengadakan lebih banyak sesi konsultasi dan khidmat nasihat bagi pengurusan konflik gajah bersama penduduk kampung bagi meningkatkan keberkesanan mitigasi konflik manusia dan gajah.

3. Langkah-langkah mitigasi yang telah dilaksanakan oleh Jabatan PERHILITAN dalam membendung konflik manusia dan Harimau Malaya pula adalah seperti berikut:

(i) memasang perangkap bagi menangkap dan memindahkan Harimau Malaya daripada kawasan perkampungan melibatkan lokasi seperti di Kg. Bihai, Kelantan serta Sungkai dan Sg. Siput di Perak;

(ii) menjalankan beberapa siri konsultasi dan khidmat nasihat kepada penduduk kampung terlibat konflik manusia dan Harimau Malaya; dan

(iii) mangsa yang cedera turut diberi bantuan di bawah Tabung Mangsa Serangan Binatang Buas di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Sekian, terima kasih.

Attachments