Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Negara

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 4

Sesi

Mesyuarat Kedua

Tarikh Persidangan

23 December 2021

Tahun Persidangan

2021

Kategori

Tenaga

Nombor Soalan

38

Soalan

Dato' Arman bin Abu Hanifah minta Menteri Tenaga Dan Sumber Asli menyatakan menyatakan:-

1. berapakah syarikat yang telah berjaya di dalam bidaan "Large Scale Solar 4" (LSS-4) dan berapa buah syarikat yang telah mendapat kelulusan tanah dan bantuan kewangan bagi operasi "solar farming"; dan

2. adakah pihak Kementerian akan membatalkan kelulusan sesebuah syarikat yang telah berjaya sekiranya syarikat tersebut tidak memenuhi syarat yang ditetapkan.​


Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Senator, sebanyak 30 buah syarikat telah berjaya dalam bidaan Projek Solar Berskala Besar (LSS) pusingan keempat atau LSS@MEnTARI dan senarai syarikat-syarikat tersebut telah dipaparkan di laman sesawang Suruhanjaya Tenaga.

2. Daripada 30 pembida yang berjaya dalam bidaan LSS@MEnTARI, 29 pembida telah memuktamadkan perjanjian sewaan/ guna tanah yang merupakan syarat asas yang ditetapkan dalam tawaran pelaksanaan projek ini melalui Letter of Notification (LON) yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga. Baki 1 pembida lagi sedang dalam peringkat akhir dalam memuktamadkan perjanjian sewaan/guna tanah.

3. Pada masa yang sama, kesemua pembida yang berjaya dalam proses bidaan projek LSS@MEnTARI telah pun menandatangani Perjanjian Pembelian Tenaga (PPA) dan sedang dalam proses untuk memuktamadkan kaedah pembiayaan projek masing-masing. Pembida yang berjaya perlu memuktamadkan pembiayaan projek dalam tempoh masa yang ditetapkan kerana ia juga merupakan salah satu syarat tawaran yang telah ditetapkan.

4. Kesemua pembida yang berjaya perlu mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan dalam LON dan juga PPA serta melaksanakan pembangunan loji jana kuasa solar yang telah diluluskan berdasarkan garis masa yang telah ditetapkan. Sebarang perlanggaran syarat atau ketidakpatuhan kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan boleh menyebabkan tawaran projek ditarik balik.

Sekian, terima kasih.

Attachments