Pertanyaan

Bukan Lisan

Dewan

Dewan Negara

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 4

Sesi

Mesyuarat Kedua

Tarikh Persidangan

Tahun Persidangan

2021

Kategori

Tenaga

Nombor Soalan

60

Soalan

Dato' Haji Husain Bin Awang minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan usaha Kementerian dalam meningkat dan mempromosikan penggunaan tenaga solar di kediaman pengguna bagi mengurangkan beban mereka dalam membayar bil elektrik.​​

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bagi menggalakkan penggunaan tenaga solar di kalangan pengguna elektrik kategori domestik, Kerajaan telah memperkenalkan Program Pemeteran Tenaga Bersih atau Net Energy Metering (NEM) khusus kepada pengguna domestik atau dikenali sebagai NEM Rakyat. Program NEM Rakyat akan membolehkan pengguna domestik memasang sistem solar fotovolta (solar PV) di bumbung rumah kediaman dan menjana tenaga solar untuk kegunaan sendiri. Lebihan tenaga yang tidak digunakan boleh dijual kepada pihak utiliti sebagai kredit tenaga untuk tempoh 12 bulan pada kadar tarif yang sama dengan kadar tarif elektrik yang dibeli daripada pihak utiliti.

2. Melalui pelaksanaan Program NEM, Kerajaan menyediakan pilihan kepada pengguna elektrik untuk beralih kepada tenaga solar sebagai sumber pembekalan elektrik dan menikmati penjimatan bil elektrik bulanan. Program NEM juga membolehkan pengguna bertukar kepada gaya hidup yang lebih lestari serta menyokong pencapaian sasaran 31% kapasiti Tenaga Boleh Baharu dalam pembekalan elektrik negara menjelang tahun 2025 dan 40% menjelang tahun 2035, sebagaimana yang telah ditetapkan Kerajaan.

Sekian, terima kasih.

Attachments