Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 5

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

03 March 2022

Tahun Persidangan

2022

Kategori

Tanah

Nombor Soalan

1

Soalan

TUAN SABRI BIN AZIT ( JERAI ) minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan statistik kes tunggakan pembahagian pusaka mengikut negeri dan apakah langkah segera Kementerian dalam menyelesaikan masalah ini.​

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

Jumlah keseluruhan kes tunggakan pembahagian pusaka ialah sebanyak 72,348 dan tunggakan mengikut negeri adalah seperti berikut, Perlis 616 kes, Kedah 13,423 kes, Pulau Pinang 2,965 kes, Perak 6,868 kes, Selangor 10,358 kes, Wilayah Persekutuan (Putrajaya, Kuala Lumpur dan Labuan) 2,050 kes, Negeri Sembilan 4,300 kes, Melaka 4,326 kes, Johor 9,062 kes, Pahang 6,242 kes, Terengganu 4,724 kes dan Kelantan 7,414 kes.​

1. Menggerakkan Pasukan Petugas Khas (Task Force) di bawah waran perjawatan Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) untuk membantu perbicaraan kes pusaka dengan kerjasama daripada Kerajaan-kerajaan Negeri;

2. Klinik Penyelesaian Tunggakan Kes Pusaka juga telah dimulakan di Negeri Kedah pada 14 Februari 2022; dan

3. Mengemukakan permohonan khusus kepada pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kementerian Kewangan (MOF) bagi permohonan lantikan kakitangan secara kontrak.

Sekian, terima kasih.

Attachments