Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 5

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

03 March 2022

Tahun Persidangan

2022

Kategori

PERHILITAN

Nombor Soalan

8

Soalan

TENGKU ZULPURI BIN RAJA PUJI ( RAUB ) minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan pada bulan Januari lepas (2022) seorang Orang Asli di Perkampungan Sau, Pos Bihai, Gua Musang, Kelantan telah dibaham oleh harimau belang. Berapa kos yang telah PERHILITAN belanjakan dalam operasi untuk menangkap harimau-harimau tersebut serta kaedah apa yang digunakan bagi mengesan harimau-harimau tersebut memandangkan kawasan yang terlibat begitu besar keluasannya.​


Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

1. Kementerian Tenaga dan Sumber Asli melalui Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) telah membelanjakan sebanyak RM201,250.00 bermula Januari 2022 bagi menangani konflik manusia-harimau melibatkan operasi mengesan serta menangkap harimau belang di daerah Gua Musang, Kelantan. Kos tersebut melibatkan perolehan peralatan dan keperluan logistik bagi melaksanakan aktiviti penangkapan dan pengawalan.

2. Operasi ini masih dijalankan di kawasan seluas 88 kilometer persegi menggunakan beberapa kaedah bagi mengesan harimau belang di kawasan terbabit seperti berikut:

a) memasang sebanyak 64 unit perangkap kamera di sekitar kawasan perkampungan dan denai laluan hidupan liar bagi memantau kehadiran harimau belang;

b) memantau dan mengesan menggunakan drone di lokasi-lokasi yang mudah dilihat seperti jalan-jalan balak;

c) menempatkan kakitangan Jabatan PERHILITAN di kawasan lokasi kejadian untuk memantau serta membuat rondaan kawalan; dan

d) mendapatkan kerjasama penduduk tempatan untuk melaporkan kepada petugas operasi sekiranya terdapat kesan-kesan baharu kemunculan harimau belang.

Sekian, terima kasih.

Attachments