Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 5

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

03 March 2022

Tahun Persidangan

2022

Kategori

Perhutanan

Nombor Soalan

45

Soalan

TUAN WONG TACK ( BENTONG ) minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan mengapa jalan boleh diluluskan dan dibina di dalam kawasan Hutan Simpan Lentang dan Hutan Simpan Klau/Raka di Bentong.​

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

1. Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) melalui Jabatan Perhutanan Negeri Pahang tidak meluluskan sebarang pembinaan jalan hutan dalam Hutan Simpan Lentang untuk digunakan oleh mana-mana pihak luar bagi tujuan pengusaha hasilan hutan. Jalan hutan di dalam Hutan Simpan Lentang hanya digunakan bagi aktiviti pemantauan dan penguatkuasaan oleh kakitangan Jabatan Perhutanan Pahang serta kegunaan penduduk setempat yang diberikan permit penggunaan untuk mengakses sumber air.

2. Manakala bagi Hutan Simpan Klau/Raka, jalan hutan tersebut merupakan jalan sedia ada semenjak tahun 1970an. Jabatan Perhutanan Pahang telah memberikan Permit Jalan untuk menggunakan jalan hutan sedia ada dalam Hutan Simpan Klau/Raka bagi mengeluarkan saki baki kayu jaras dan kayu balak dari kawasan hutan Tanah Kerajaan yang bersebelahan. Keputusan untuk memberikan Permit Jalan ini juga dibuat melalui Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri pada 25 Februari 2021. Selain itu, Permit Jalan yang diberikan oleh Jabatan Perhutanan Pahang untuk menggunakan jalan hutan sedia ada ini adalah bagi mengelakkan pembukaan kawasan hutan lain untuk membina jalan hutan baharu.

Sekian, terima kasih.

Attachments