Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 5

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

03 March 2022

Tahun Persidangan

2022

Kategori

Tenaga

Nombor Soalan

51

Soalan

PUAN YEO BEE YIN (BAKRI) minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan status terkini projek Akaun Amanah Industri Bekalan Elektrik (AAIBE) pembekalan elektrik di 13 kampung Orang Asli di Pahang.​​

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

1. Pada tahun 2019, Akaun Amanah Industri Bekalan Elektrik (AAIBE) telah meluluskan pembiayaan untuk tiga (3) buah projek mikro hidro bagi tujuan pembekalan elektrik di 13 kampung Orang Asli di Negeri Pahang seperti berikut:

a) projek di Pos Lenjang yang melibatkan 10 buah kampung oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB);

b) projek di Pos Lemoi yang melibatkan sebuah kampung oleh TONIBUNG, sebuah badan bukan Kerajaan; dan

c) projek di Pos Titom yang melibatkan 2 buah kampung oleh Energy Action Partners (ENACT), juga sebuah badan bukan Kerajaan.

2. Projek yang dicadangkan oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) kini dalam peringkat mendapatkan kelulusan Kebenaran Merancang manakala projek yang dikendalikan oleh pihak TONIBUNG dan ENACT telah ditangguhkan berikutan keputusan Kerajaan Negeri Pahang yang hanya membenarkan pembangunan projek mikro hidro di negeri tersebut dilaksanakan oleh pihak TNB.

Sekian, terima kasih.

Attachments