Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 5

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

03 March 2022

Tahun Persidangan

2022

Kategori

Biodiversiti

Nombor Soalan

56

Soalan

TUAN BARU BIAN ( SELANGAU ) minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah status penerbitan KETSA 'A Master List of Protected Areas in Malaysia' pada tahun 2019. Setelah ia dimuat naik di laman sesawang Malaysia Biodiversity Information System, kenapa dan bilakah ia dikeluarkan dari laman tersebut. Bagaimanakah pihak awam dapat mengakses penerbitan ini.​​​



Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

1. 'A Master List of Protected Areas in Malaysia' (PA Master list) telah diterbitkan pada tahun 2019 dan dimuat naik di laman sesawang Malaysia Biodiversity Information System (MyBIS) pada 25 Mac 2020. Walau bagaimanapun, dokumen tersebut telah dikeluarkan daripada pangkalan data MyBIS pada tarikh yang sama berikutan terdapat keperluan untuk mengemas kini data PA Master list supaya selari dengan pelaporan di peringkat antarabangsa melalui World Database on Protected Areas (WDPA) di bawah United Nations Environment Programme (UNEP) dan International Union for Conservation of Nature (IUCN).

2. Data PA Master list tahun 2019 dan 2020 sedang dalam proses verifikasi dan kemas kini oleh Kementerian ini dengan kerjasama pihak pengurusan kawasan perlindungan di negeri-negeri. Data yang telah dikemas kini akan dimuat naik setelah ia dimuktamadkan pada akhir tahun ini dan akan boleh diakses oleh pihak awam menerusi laman sesawang MyBIS dan WDPA.

3. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, data kawasan perlindungan sehingga tahun 2018 boleh diakses melalui laman sesawang Kementerian.

Sekian, terima kasih.

Attachments